hehe dah lama tak update blogkan..
ye la sibuk la katakan baru habis sesi persekolahan *baru habis ker*
masa minggu akhir persekolahan tu la yang agak sibuk.
tolong cikgu kemas fail kiteorang la, kejap-kejap turun bilik guru ambil barang, kejap-kejap pergi blok ni ambil ni ambil tu, nak tutup akaun kelas lagi, semak perbelanjaan semua..
(bersama ceti halal dan pembantunya)
bila dah tengok akaun kelas tu macam ada je yang tak kene..bila semak punya semak memang tak kene..
ada je yang songlap duit kelas tu..yang penting kerja terkutuk tu bukanlah dilakukan oleh bendahari tapi ketua sendiri..yang penting kes dah selesai..
kiteorang memang happy gile sebab dia kene marah..*jahatkan*
sebab kiteorang happy, guru kelas kiteorang tu tak percaya kalau kiteorang repot dekat dia pasal perangai ketua tu..
TAPI kesian. salah dia sorang "kawan baik" dia pon kene marah juga..padahal kawan dia tak tau pun..
tu la lain kali nak menipu biar logik akal sikit yerr..
"orang yang tak pakai akal bila nak buat sesuatu nak menipu orang yang pandai pakai akal bila buat sesuatu. memang stupid la"
percaya la, lepas ni dia akan mulakan misi menjatuhkan kiteorang pulak..alah macam la kiteorang tak kenal dia tu..pendengki..bak kata orang tu "makin seseorang tu maju kehadapan,makin ramai yang akan mengatanya @ menjatuhkannya di belakang"
ok lastday sekolah memang tak ramai la yang datangkan..cube kalau sebelum dapat duit RM 100 tu..bukan main kehadiran ramai je.
pagi-pagi datang je lepak dalam kelas..susun kerusi yang bersepah, kelas macam tongkang pecah..sebab semalam tu sekolah bagi duit RM100 tu..
lepas dah kemas-kemas n susun meja sume..lepak la dekat meja guru je..sambil duduk-duduk tengok keadaan kelas tu alahaii sedih beb nak tinggalkan..kenangan banyak tu..sambil termenung tu menyanyi lagi kenangan terindah..
bila kawan-kawan yang lain dah mula penuhkan meja guru tu lagu tu juga yang aku nyanyi..karok ramai-ramai..
dah la perhimpunan lama pulak hari jumaat tu..sebab ada cikgu nak bersara..kiteorang dekat bawah tu cakap "tak pe la,biar la lama-lama tak kisah ni lastday sekolah kang rindu lak cikgu-cikgu tu nak berucap"
lepas habis perhimpunan dan dah rehat..masuk kelas lepak-lepak menyanyi la..bila cikgu masuk semua tersengeh-sengeh je..nasib la cikgu yang masuk tu cikgu sporting kiteorang..
cikgu ummi siap buat lawak lagi dia cakap "nasib la tak hujankan saya nyanyi tadi"..haha
kena sakat je la dengan kiteorang..sedap sungguh lagu suriram yang cikgu-cikgu nyanyi tu..
kalau ingat lagu tu mesti nak tergelak sorang-sorang..hahaha...
ok, time cikgu ada kiteorang tetap karok lagu kenangan terindah n lagu karok wajib beribu sesalan..
niat di hati bila nak balik tu jumpa cikgu-cikgu..tapi tak sempat..
tetibe teringat masa darjah 1.masa sekolah seremban dulu..akhir tahun je @ cuti panjang mesti semua cikgu akan berbaris dan para pelajar salam semua cikgu..rindu sekolah seremban dulu..
lagu wajib karok time habis sekolah
ni lagu hari-hari pon karok.
kalau dekat sekolah karok dengan kawan-kawan



No comments:
Post a Comment